Pada 14 September 2019, Jabatan Pengurusan Sistem Maklumat dan Analitik Perniagaan bersama Kelab Boling UNISEL telah mengadakan program boling bersama mentor-mentee dari FBA dan alumni FBA. Program ini telah melibatkan seramai hampir 60 peserta yang terdiri daripada kalangan pensyarah dan mentee mereka.