10
SEP
2019

UNISEL , Destinasi Pertama “Dbilique”

Dbilique ialah suatu jenama siaran langsung digital melalui laman sosial yang menarik lebih daripada 10 juta pengikut. Universiti Selangor (UNISEL) telah dipilih sebagai destinasi pertama  bagi sesi jelajah Dbilique bersama dengan pelajar IPT. Melalui program yang berkonsepkan ’live show’ ini, Fara Fauzana dan Faizal  Ismail yang merupakan 2 selebriti terkenal tanah air telah menyampaikan motivasi dan mengupas isu-isu depresi dikalangan para pelajar IPT masa kini.

Pelajar UNISEL telah diberi peluang untuk memberi pendapat dan melontarkan idea-idea mereka. Selain daripada itu, pelajar-pelajar juga diberi peluang untuk menjadi protege Dbilique. Pihak Dbilique berpuashati dengan semangat yang ditunjukkan oleh para pelajar dan kerjasama serta layanan dari jawatankuasa program khasnya. Tontonan ‘live show’ di Facebook dan Instagram Dbilique yang mempunyai lebih 10 juta pengikut ini secara tidak langsung telah memberikan promosi percuma kepada UNISEL.

 

Leave a Reply

*

captcha *