Kunjungan Delegasi Indonesia

Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, UNISEL hari ini menerima kunjungan dari Delegasi Fakultas Ekonomi Universitas Pakuan Indonesia. Delegasi diketuai Dr. Chaidir (Wakil Dekan III Bidang Kemahasiswaan), Puan May Mulyaninhsih (Sekretaris Laboratorium S1 Akuntasi) dan Dr Cand Ir. Zul Azhar (Sekretaris Laboratorium S1 Manajemen). Kunjungan delegasi disambut oleh Dr. Zaharuzaman (Timbalan Dekan Pembangunan dan Sumber), Puan Juliza (Timbalan Dekan Akademik) dan En Mohamad Hafiz (Pensyarah Perakaunan) Fakulti Perniagaan dan Perakaunan. Kunjungan ini adalah untuk membincangkan jaringan kerjasama diantara kedua-dua Universiti dalam bidang pendidikan, penyelidikan, penerbitan dan pertukaran pelajar serta pensyarah.