FORUM ISU SEMASA : TARIF DAN PERANG PERDAGANGAN: PELUANG ATAU ANCAMAN?

Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FPP) dengan usahasama Perpustakaan UNISEL akan menganjurkan satu Forum Isu Semasa bertajuk “Tarif dan Perang Perdagangan: Peluang atau Ancaman?”.

Forum akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 23 April 2025 (Rabu)
Masa: 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat: Dewan Kuliah 2 (LT2), Tingkat 4, Bangunan Berlian, Universiti Selangor, Shah Alam

Dirasmikan oleh:
YB Senator Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman
(Presiden dan Naib Canselor, Universiti Selangor)

Moderator:
Prof. Dr. Norhayah Zulkifli
(Dekan, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Selangor)

Panel 1:
Prof. Dr. Susela Devi K. Suppiah
(Profesor Kehormat, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Selangor)

Panel 2:
Prof. Dr. Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan
(Profesor, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya)

Panel 3:
Dr. Zainal Hasfi Hashim
(Profesor Adjung, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Selangor)

Forum ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada komuniti Universiti Selangor (Unisel) mengenai isu-isu yang berkaitan dengan konflik tarif dan perang perdagangan, serta kesannya terhadap ekonomi negara, perniagaan, dan masyarakat. Dijemput kehadiran semua untuk turut serta dalam Forum ini.

Pendaftaran boleh dibuat di pautan ini dan sijil akan diberikan kepada yang hadir.
https://forms.gle/d3AkpPDuCkL6H6mk6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lawatan akademik ke Yakult Negeri Sembilan

Lawatan akademik ke Yakult Negeri Sembilan  Lawatan disertai oleh para pelajar Quality Management, para pensyarah dan staf pentadbiran FBA. Sesi pembelajaran di luar kelas ini memberi pendedahan industri dan cara pembuatan

Taklimat Pelajar Asas Pengurusan

Pelajar-pelajar asas pengurusan menyertai taklimat pelajar anjuran Fakulti Perniagaan dan Perakaunan UNISEL. Taklimat mengenai perjalanan sebagai pelajar di UNISEL dalam bidang pengurusan ini dapat meningkatkan motivasi pelajar dan pelajar berazam