A Gift of Tomorrow

A Gift of Tomorrow

Program “A Gift of Tomorrow” Organ Donation Awareness Campaign adalah satu program inisiatif kolaberasi antara pelajar UNISEL dan UiTM yang merupakan program SULAM (Service-Learning Malaysia-University for Society) di mana pelajar bukan sahaja didedahkan kepada kepentingan derma organ, tetapi juga dilatih untuk menghayati nilai empati, kemanusiaan, dan kesedaran sosial. Program ini sejajar dengan objektif SULAM, yang bertujuan menghubungkan pelajar dengan komuniti sebenar, seterusnya memberi impak positif kepada masyarakat. Program ini juga dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi pelajar dalam disiplin atau bidang masing-masing dan juga membantu pembentukan kemahiran insaniah abad ke-21. Disamping itu, program ini juga menyokong Lonjakan Pendidikan Tinggi bagi melahirkan graduan yang holistik, seimbang dengan minda keusahawanan.
Dengan penyertaan seramai 60 pelajar dan beberapa pensyarah terlibat, program ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Norhayah Zulkifli, Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, dan program disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Dr Muhammad Iqbal bin Abdul Hafidz, Pakar Nefrologi, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam. Program ini berpotensi mendorong pelajar untuk mendaftar sebagai penderma organ, di samping menjadikan golongan muda lebih terlibat dalam isu-isu perubatan yang penting dan membina komuniti penderma yang lebih besar. Mengetahui bahawa pendermaan organ boleh menyelamatkan nyawa boleh memberi inspirasi kepada pelajar untuk membantu orang lain.

Lawatan akademik ke Yakult Negeri Sembilan

Lawatan akademik ke Yakult Negeri Sembilan  Lawatan disertai oleh para pelajar Quality Management, para pensyarah dan staf pentadbiran FBA. Sesi pembelajaran di luar kelas ini memberi pendedahan industri dan cara pembuatan

Taklimat Pelajar Asas Pengurusan

Pelajar-pelajar asas pengurusan menyertai taklimat pelajar anjuran Fakulti Perniagaan dan Perakaunan UNISEL. Taklimat mengenai perjalanan sebagai pelajar di UNISEL dalam bidang pengurusan ini dapat meningkatkan motivasi pelajar dan pelajar berazam