FBA | Faculty of Business and Accountancy

NEWS & EVENTS

WHAT’S HAPPENING IN FBA

Share This Post

π…π€πŠπ”π‹π“πˆ ππ„π‘ππˆπ€π†π€π€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„π‘π€πŠπ€π”ππ€π 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑 ππ„π‘π’πˆπƒπ€ππ†π€π πŒπ„π‰π€ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐓 π„πŠπŽππŽπŒπˆ πŒπ€ππ”π’πˆπ€π–πˆ
Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FPP) Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Persatuan Forum Ekonomi Manusiawi (FEM) hari ini mengadakan Persidangan Meja Bulat Ekonomi Manusiawi bertempat di Bilik Mesyuarat Senat UNISEL Kampus Shah Alam.
Persidangan yang bertajuk Pentakrifan dan Memposisikan Ekonomi Manusiawi dalam Ekonomi Madani ini merupakan salah satu pendekatan bagi merakyatkan dasar ekonomi MADANI yang dilancarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia bagi mengangkat semula darjat dan martabat negara ini dengan menstruktur semula ekonomi ke arah Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara.
Persidangan turut berlangsung secara atas talian menerusi aplikasi Zoom dengan menampilkan dua pembentang iaitu Tuan Hj. Nik Yusoff Nik Ismail dan Prof. Dato’ Dr. Saadiah Mohamad serta empat pembahas iaitu Prof. Jomo K Sundaram, Dato’ Freida Pilus, Tn. Hj. Farid Faiz, dan Ustaz Dr Ahmad Zaki Bin Abdul Latiff bersama moderator Prof. Dato’ Dr. Kamarulazizi Ibrahim.
Turut hadir sepanjang persidangan adalah Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman, Presiden dan Naib Canselor, Prof. Dr. Norhayah Zulkifli, Dekan FPP serta barisan pengurusan UNISEL.
Β 

More News