FBA | Faculty of Business and Accountancy

NEWS & EVENTS

WHAT’S HAPPENING IN FBA

Share This Post

Kursus “Certificate of Human Resource Practitioner (CHRP)”.
Kursus terbaharu anjuran Pusat Pembangunan Profesional dan Perniagaan (PROBIS) dengan Kerjasama Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) telah berlangsung dengan jayanya pada 22 November & 5 Disember 2023
di Auditorium Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Selangor. Alhamdulillah berakhir sudah Modul pertama, subjek “Principles, Function of Human Resource Management” untuk kursus yang akan berlangsung selama 6 bulan bermula Disember 2023 dan dijangka tamat pada bulan Mei 2024.
Tujuan kursus ini dianjurkan adalah untuk memenuhi permintaan serta membantu menaikkan lagi tahap kompentensi modal insan di kalangan staf Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan anak2 syarikat MBI yang bekerja di jabatan pengurusan sumber manusia tetapi masih tidak mempunyai sijil khusus di dalam bidang pengurusan sumber manusia.
Oleh kerana itu kursus ini dicadangkan bagi melahirkan pegawai sumber manusia yang profesional dan berdedikasi dengan sentiasa menambah nilai diri dari segi pengetahuan dan kemahiran pengurusan sumber manusia di dalam membantu majikan sebagai persediaan menghadapi cabaran alaf baru.
Seramai 32 orang peserta telah menyertai kursus selama enam bulan ini. Tahniah! Kepada semua peserta kursus kerana telah berjaya menghadiri kursus ini. Semoga sijil CHRP yang dikeluarkan oleh UNISEL dapat memberikan satu kelebihan yang boleh digunakan oleh staf sebagai peningkatan diri dalam kerjaya mereka khususnya dalam pengurusan sumber manusia.
Pihak UNISEL mengucapkan ribuan terima kasih pada MBI kerana sudi untuk bekerjasama menjalankan kursus CHRP ini. Semoga kursus ini dapat diteruskan lagi dengan melibatkan lebih ramai staf pentadbiran MBI dan anak-anak syarikat MBI.

More News