FBA | Faculty of Business and Accountancy

NEWS & EVENTS

WHAT’S HAPPENING IN FBA

Share This Post

Bengkel Boria 2023
7 Disember 2023
I-zone, Bangunan Berlian
UNISEL Shah Alam
Baru-baru ini Pusat Profesional dan Pembangunan Perniagaan (PROBIS) dengan Kerjasama Arena Pinang Sdn Bhd telah menganjurkan satu Bengkel Boria bersempena Pertandingan Boria 2023 yang dibawakan khas oleh PROBIS@FBA UNISEL dengan kerjasama bersama Arena Pinang Sdn.Bhd., Arts For All Seasons (ARTSFAS). Bengkel boria ini dianjurkan selama 1 hari telah dikendalikan oleh tenaga pengajar dari OMARA Production yang diketuai oleh IKON Boria dari Pulau Pinang Encik Omar Hasyim atau lebih dikenali dengan nama Omara. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan dan memperluaskan ilmu bagaimana sesebuah kumpulan boria itu dihasilkan dari segi asal usul, lirik, lagu, tarian, pakaian dan lain-lain lagi yang bersangkutan dengan boria.
Syabas dan tahniah kepada peserta-peserta yang telah hadir terdiri daripada pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Jawa, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 dan 16, Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana, Mahasiswi dan staf dari Universiti Selangor. Semoga segala ilmu dan tunjuk ajar dari jurulatih yang bertauliah ini dapat dipraktikan untuk Pertandingan Boria 2023 tidak lama lagi. Selamat Maju Jaya kepada semua!

More News