FBA | Faculty of Business and Accountancy

NEWS & EVENTS

WHAT’S HAPPENING IN FBA

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ”πƒπ€π˜π€ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ πŠπ„ ππ„π‘π€πŠ

Share This Post

8 Disember 2023- Universiti Selangor (UNISEL) terus melonjakkan kecemerlangan pendidikan antarabangsa dengan kejayaan Program Lawatan Budaya Pelajar Antarabangsa yang menghimpunkan 41 peserta dari kalangan pelajar dan staf pejabat Antarabangsa, termasuk 2 staf dari Pusat Pasca Siswazah. Destinasi pilihan, Perak, menawarkan warisan sejarah yang memukau dan pengalaman yang indah sepanjang berada di Malaysia.
Program yang bermula pada jam 6.00 pagi mengeksplorasi peninggalan bersejarah seperti Kellie’s Castle, Tasik Cermin, dan Ipoh Trail, tempat-tempat yang menjadi magnet pelancong. Prof Madya Dr. Astri Yulia, Pengarah Pejabat Antarabangsa UNISEL, menekankan signifikansi program ini sebagai inisiatif pascapandemik COVID-19, berkata, “Pelajar sebagai ‘small ambassador’ berperanan memperkenalkan negara melalui pengalaman langsung mengenai tempat-tempat bersejarah.”
Pelajar Antarabangsa UNISEL dari 7 buah negara telah bersama-sama menjayakan dan menjadikan lawatan budaya sebagai platform untuk pertukaran pendapat dan saling mengenali. Dr. Astri menyatakan harapan bahawa “lawatan seumpama ini akan diteruskan, seiring memantapkan peranan Pejabat Antarabangsa, pelajar, dan keseluruhan Universiti Selangor.” Wajah gembira peserta sepanjang lawatan mencerminkan kejayaan program ini dalam menggabungkan pendidikan dan riadah kepada pelajar.
Kunjungan ke istana lama Kellie’s Castle membuka peluang kepada pelajar antarabangsa UNISEL mengenai seni bina istana ketika zaman pemerintahan terdahulu. Program riadah dan santai di Tasik Cermin, peserta dibawa memasuki Terowong Tasik Cermin yang merupakan fenomena semulajadi yang terbentuk di dalam gua batu kapur melalui proses geologi dan erosi. Pelajar berpeluang menaiki bot sepanjang Tasik Cermin yang kaya dengan khazanah semulajadi. Lokasi lawatan terakhir Ipoh Heritage trail berjaya menyingkap hasil peninggalan sejarah lama, seni bina bangunan dan mural patriotik yang sangat menarik untuk diamati.
Program ini bukan sekadar lawatan bahkan satu perjalanan transformasi yang merentasi sempadan dan membentuk pemimpin masa depan. UNISEL berkomitmen dalam mengukuhkan kepelbagaian budaya sejajar dengan inspirasi Malaysia Madani untuk memastikan pelajar menjadi duta kecil yang membawa pesanan harmoni dan penghargaan diperingkat antarabangsa melalui wadah pendidikan.

More News

EVENTS

ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π ππŽπ‘πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ‘

ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π ππŽπ‘πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ‘Universiti Selangor (UNISEL) menerusi Pusat Professional dan Pembangunan Perniagaan (PROBIS) Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FPP) dengan Kerjasama Arena Pinang Sdn Bhd, Arts for

EVENTS

PENYERTAAN PERTANDINGAN BORIA 2023

Debaran makin terasa..!!10 kumpulan bakal berentap. Kumpulan manakah yang bakal bergelar Juara..??Sama-sama kita saksikan pada 20 Disember 2023(Rabu) ini bertempat di Dewan Pro Canselor UNISEL

EVENTS

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 ππ”πƒπ€π˜π€ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ πŠπ„ ππ„π‘π€πŠ

8 Disember 2023- Universiti Selangor (UNISEL) terus melonjakkan kecemerlangan pendidikan antarabangsa dengan kejayaan Program Lawatan Budaya Pelajar Antarabangsa yang menghimpunkan 41 peserta dari kalangan pelajar