FBA | Faculty of Business and Accountancy

NEWS & EVENTS

WHAT’S HAPPENING IN FBA

Share This Post

Pada 4 Julai 2023 yang lalu, telah berlangsung program Mini Sport Fiesta FBA melibatkan kakitangan beserta pelajar FBA dari pelbagai program.

Program telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Akademik FBA Dr. Zaharuzaman Jamaluddin.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti sukaneka yang melibatkan pertembungan di antara staf dan pelajar, “Amazing Race Unisel” dan acara kemuncak, “Street Soccer”.

Sambutan hangat diterima dari kalangan pelajar dan juga staf. Program ditamatkan dengan acara penyampaian hadiah pada hari yang sama.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada jawatankuasa penganjur program.

More News