FBA | Faculty of Business and Accountancy

NEWS & EVENTS

WHAT’S HAPPENING IN FBA

Share This Post

FABIAN TIGER FC

Buat julung-julung kalinya Fakulti Perniagaan dan Perakaunan menghantar pasukan bola sepak fakulti, FABIAN TIGER FC menyertai Liga Bola Sepak Piala Naib Canselor 2023 yang akan berlangsung pada 8 -16 Julai 2023 di Kampus Unisel Bestari Jaya. Pasukan ini dibawah pengurusan Encik Zainal Azhar Zainal Azim selaku pengurus pasukan, dibantu oleh Pn. Adlin Zahida Daut sebagai Penolong Pengurus pasukan. Turut sama-sama membantu adalah Jurulatih En. Hairi dari FAS Selangor.

Pihak pengurusan pasukan FABIAN TIGER FC mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang menghulurkan sumbangan dari segi wang ringgit, peralatan dan sokongan moral.

Fakulti mengucapkan selamat berjuang kepada pasukan bola sepak FPP, FABIAN TIGER FC: UNITED WE STAND!!!

More News