FBA | Faculty of Business and Accountancy

NEWS & EVENTS

WHAT’S HAPPENING IN FBA

Share This Post

Peserta Team Building FBA bergambar kenangan bersama-sama Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman

Bertarikh pada 23 hingga 25 Jun yang lalu, seramai 56 orang pensyarah dan kakitangan pentadbiran Fakulti Perniagaan dan Perakaunan telah menghadiri program Team Building bertempat di Gopeng Highland Resort, Perak.

Program selama tiga hari dua malam itu telah dirasmikan oleh Naib Canselor Unisel, Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman yang sudi meluangkan masa bersama-sama staf FBA di Gopeng.

Yang Berbahagia Dato’ juga sempat meluangkan masa bersama peserta dengan menyampaikan tazkirah subuh pada hari kedua program.

Peserta program khusyuk mendengar tazkirah yang disampaikan Dato’ Naib Canselor
Aktiviti “Night Walk” – staf FBA pantang undur!
Aktiviti “Water Rafting” menguji keberanian para peserta

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ketika program tersebut ialah “Night Walk”, “Water Rafting” dan “Caving” di Gua Tempurung. Biarpun keletihan menjalankan kesemua aktiviti-aktiviti yang disediakan penganjur, namun para peserta tetap tersenyum kepuasan kerana mengetahui yang mereka telah berjaya menghadapi setiap cabaran dengan jayanya.

Tetap tersenyum riang biarpun keletihan

Program diakhiri dengan aktiviti menerokai Gua Tempurung yang padat dengan sejarah dan kesan geologi yang sangat menarik.

Diharapkan dengan pengalaman unik kali ini akan membuatkan para peserta untuk lebih bersemangat ketika kembali menjalankan tugas masing-masing.

More News