FBA | Faculty of Business and Accountancy

NEWS & EVENTS

WHAT’S HAPPENING IN FBA

Share This Post

Program “KARNIVAL KEUSAHAWANAN” anjuran pensyarah & pelajar kursus Entrepreneurship

Pada 20 Jun 2023 lalu, telah diadakan satu Program “KARNIVAL KEUSAHAWANAN” anjuran pensyarah & pelajar kursus Entrepreneurship (Diploma). Sebanyak 41 kumpulan/gerai telah terlibat dalam program ini dimana pelajar-pelajar menjual pelbagai produk makanan, minuman, pakaian dan juga produk perkhidmatan.

Program ini bertujuan untuk menguji & memberi pengalaman sebenar kepada para pelajar mengendalikan perniagaan dengan menggunakan segala ilmu keusahawanan yang telah dipelajari. Selain itu, program ini juga diharap dapat meningkatkan kemahiran komunikasi sosial pelajar seterusnya meningkatkan daya kreativiti dan penyelesaian masalah di dalam perniagaan.

Syabas kepada semua yang menjayakan program ini

More News