FBA | Faculty of Business and Accountancy

NEWS & EVENTS

WHAT’S HAPPENING IN FBA

Share This Post

Satu program yang bertemakan Sukan Tradisi Pemangkin Perpaduan telah diadakan di Dewan Pro-Canselor, Universiti Selangor, Kampus Shah Alam pada 22 Ogos 2023. Program ini merupakan antara inisiatif kerajaan negeri Selangor, Kampus Shah Alam pada 22 Ogos 2023. Program ini merupakan antara inisiatif kerajaan negeri Selangor di bawah Majlis Perpaduan dan Integrasi Selangor (MPIS) dengan tujuan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat negeri Selangor selaras dengan slogan “Kitakan Selangor”. Penganjuran program ini adalah kerjasama di antara MPIS dan Universiti Selangor (UNISEL) dengan objektif untuk memberi pendedahan dan keunikan sukan tradisi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum kepada masyarakat terutamanya pelajar sekolah menegah. Selain itu, program ini dapat memupuk semangat muhibbah dan kerjasama di kalangan masyarakat melalui penglibatan dalam aktiviti sukan.

Sebanyak sembilan (9) jenis permainan sukan tradisional daripada masyarakat Melayu, Cina dan India telah dipertandingkan iaitu congkak, batu berendam, diabolo atau Yo-Yo Cina, colek lidi, guli, gasing, sepak bulu ayam, Xiang-Qi (catur cina) dan Kho-kho. Program ini turut menjemput juri professional daripada Persatuan Gasing Pangkah, Persatuan Xiang-Qi Selangor dan Persatuan Diabolo Zon D, Studio, Bandar Bukit Raja. Program yang berlangsung dari 8 pagi hingga 5 petang ini dihadiri seramai lebih kurang 200 orang peserta dari SMK dan IPT sekitar Selangor termasuk AJK Pelaksana. Acara ini diakhiri dengan nyanyian lagu Tanggal 31 Ogos bersempena sambutan bulan kemerdekaan dan diharapkan dapat menyemarakkan lagi semangat perpaduan di kalangan peserta.

Syabas dan tahniah kepada para peserta dan AJK pelaksana daripada UNISEL yang terdiri daripada para pensyarah dan mahasiswa/siswi, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (FPP), UNISEL Kampus Shah Alam.

More News