FBA | Faculty of Business and Accountancy

NEWS & EVENTS

WHAT’S HAPPENING IN FBA

Share This Post

Taklimat Fakulti sempena pengambilan pelajar baharu semester Ogos 2023 telah diadakan pada 28 Ogos 2023 bertempat di Dewan Pro Canselor, Unisel Kampus Shah Alam.

Taklimat dimulai oleh Prof. Madya Dr. Kamisah Supian, Timbalan Dekan Pasca Siswazah yang mewakili dekan fakulti. Beliau mengalu-alukan kehadiran mahasiswa/siswi baharu diikuti dengan sesi pengenalan fakulti. Taklimat diteruskan dengan perkongsian hal ehwal pelajar dan fasiliti oleh Pn. Norliana Ahmad Shah, Timbalan Dekan Pembangunan dan Sumber diikuti hal ehwal berkaitan akademik oleh Dr. Zaharuzzaman, Timbalan Dekan Akademik. Mahasisiwa/siswi turut disantuni oleh para pensyarah fakulti. Tahniah dan selamat menjalani kehidupan sebagai pelajar universiti diucapkan kepada para mahasiswa/siswi Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan.

More News