FBA | Faculty of Business and Accountancy

NEWS & EVENTS

WHAT’S HAPPENING IN FBA

Share This Post

Siti Nazihah Zulkifli, graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) hari ini menerima Anugerah Canselor sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) 2023.

Beliau merupakan pelajar Fakulti Perniagaan dan Perakaunan dan berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dengan CGPA 3.91. Kini, beliau bekerja di Kenanga Investor sebagai Pegawai Pematuhan.

Sepanjang pengajian, beliau telah memegang beberapa jawatan penting dalam kelab antaranya Pengarah Program Lawatan ke rumah anak yatim dan Bendahari bagi program “A Road To Peace of Mind”.

“Saya sentiasa berpegang teguh kepada prinsip ilmu perlu sentiasa dikongsi. Malah saya juga berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan kedoktoran dalam bidang ekonomi agar dapat menyumbang kepada agama, bangsa dan negara,” katanya.

Siti Nazihah menerima Anugerah Canselor yang disampaikan oleh YAD Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj, Canselor UNISEL. Beliau menerima hadiah wang tunai RM5,000 berserta sijil dan plak sumbangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Dalam pada itu, Mohammad Daniel Aiman Mohd Zuki, graduan Diploma Perakauanan menerima Anugerah Exco Pendidikan.

More News