FBA | Faculty of Business and Accountancy

NEWS & EVENTS

WHAT’S HAPPENING IN FBA

Share This Post

๐Œ๐Ž๐‡๐€๐Œ๐Œ๐€๐ƒ ๐ƒ๐€๐๐ˆ๐„๐‹ ๐€๐ˆ๐Œ๐€๐ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐„๐—๐‚๐Ž ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘

ย 

โ€˜Usaha tidak menghampakan hasilโ€™ menjadi prinsip Mohammad Daniel Aiman Mohd Zuki, penerima Anugerah Exco Pendidikan 2023 sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) Kali Ke-17.

Malah, beliau juga tidak menyangka dapat berdiri di atas pentas untuk menerima segulung diploma dan Anugerah Exco Pendidikan yang disampaikan oleh Y.A.D Dato’ Setia Dr. Haji Anuar Masduki, Pro Canselor UNISEL. .

Graduan Diploma Perakaunan di bawah Fakulti Perniagaan dan Perakaunan itu bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik malah juga aktif dalam kegiatan sukan. Lebih membanggakan, beliau juga pernah mewakili UNISEL ke Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) menerusi acara badminton.

Kini Mohammad Daniel sedang melanjutkan pengajian di peringkan ijazah sarjana dalam bidang perakaunan. Beliau juga berhasrat untuk memiliki sijil kelayakan profesional Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) kelak.

Seramai 1306 graduan bergraduat sempena Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali Ke-17 berlangsung selama dua hari pada 9 dan 10 September 2023 di Dewan Canselor, Kampus Bestari Jaya.

ย 

HASRIL ABU HASSAN

Pengarah Komunikasi Korporat

Universiti Selangor

10 September 2023

More News