FBA | Faculty of Business and Accountancy

NEWS & EVENTS

WHAT’S HAPPENING IN FBA

Share This Post

Sambutan Hari Solidariti: Doa Buatmu Palestin

Fakulti Perniagaan dan Perakaunan telah menganjurkan Sambutan Hari Solidariti: Doa Buatmu Palestin pada 9 November 2023, jam 12.30 tengah hari di i-Zone UNISEL Kampus Shah Alam.

Program ini diadakan bagi menunjukkan tanda solidariti staf Fakulti Perniagaan dan Perakaunan kepada rakyat Palestin yang sedang ditindas oleh rejim zionis Israel selain menerapkan nilai kemanusiaan sejagat yang mementingkan keamanan serta mendoakan segala kekejaman dan penindasan yang berlaku ke atas rakyat Palestin dihentikan segera.

Selain itu, turut diadakan ceramah yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Saadiah Mohamad dan pelancaran Tabung Sumbangan Palestin. Turut hadir pada majlis ini adalah Prof. Dr. Md Sidin Ahmad Ishak, Timbalan Naib Canselor Akademik, Penyelidikan dan Jaringan Industri UNISEL, Encik Hafiz Abdul Rahim, Ketua Perpustakaan UNISEL dan warga Fakulti Perniagaan dan Perakaunan.

More News